Thursday, September 16, 2010

Susahnya Menjadi Cerdik Di Kalangan Bodoh!

MENJADI cerdik seribu kali lebih baik daripada menjadi bodoh! Tapi kalau cerdik tetapi menipu dan menyusah orang lain seribu kali tidak guna daripada menjadi bodoh yang baik, tidak mempedulikan orang.

Kali ini saya nak berborak di luar kotak pemikiran biasa, iaini fasal kita yang cerdik ini. Yang tahu menggunakan otak atau melihat sesuatu itu bukan sekadar melihat seperti mana mata ikan kering melihat lautan luas. Seribu kali terpandang lautan terbetang luas pun ikan kering itu tidak akan berusah menggerakan diri untuk terjun ke laut. Kenapa...?

Kadang-kadang teringin untuk tidak mahu jadi cerdik. Kerana dengan cerdik menjadikan kita akan berfikir sebelum menerima sesuatu perkhabaran dengan seadanya saja. Bila kita cerdik kita akan kaji, periksa dan nilai apaklah ia benar atau sebaliknya. Berbeza kalau kita bodoh, ia senang sahaja, biarkan saja otak berkembang dalam tempurung kepala tanpa menggunakannya biarkan ia penuh dengan lemak dan minyak.

Kenapa susah menjadi cerdik, pelik? Bukankah dengan cerdik itu boleh menyelamatkan kita dari ditipu dan diperbodohkan. Cerdik di sini maksudnya kita 'react' kepada sesuatu kejadian. Kita bangkit menilai dan mengkajinya. Menyebabkan kita berfikir dan mencari rumusan kemudian membuat kesimpulan. Dan apabila yang kusut itu tidak menemukan penyelesaian kitaakan menjadikan sebal dan merasa bodoh sendiri.

Saya ambil contoh mengenai isu mengenai senaman yoga yang heboh dipertuturkan sehari dua ini. Senaman itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, ianya haram. Lantas ia tidak digalak dilakukan secara sistemetik oleh umat Islam kerana bimbang boleh merosakkan aqidah.

Menurut majlis fatwa itu sekurang-kurang ada tiga asas senaman itu boleh membawa kepada kecacatan aqidah. Antaranya ialah keran ia ada usur mentera jampi, dan usaha (maditasi) penyatuan dengan Tuhan. Tuhan di sini dirujuk kepada Tuhan (Hindu ) sebab yoga itu sendiri sebahagian daripada ritual keagamaan Hindu.

Sepatutnya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan begitu ia diterima sebagai muktamad dan diamalkan. Kerana keudukan majlis fatwa itu samalah dengan majlis-majlis lain berkuasa ke atas sesuatu bidang. Apabila majlis telah memutuskan demikian ia tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sebaliknya keadaan ini tidak berlaku kepada majlis fatwa itu. Masih ada yang mempertikaikan dan mempersoalkan apa yang diputuskan oleh majlis fatwa itu. Bukan setakat itu saja ada yang sampai buat report polis, menyinis dan membantahnya secara langsung. Aksi-aksi itu menggambarkan ilmuan dan mulut ulama sudah tidak dihormati lagi.

Kenapa ini berlaku? Inilah yang saya sebutkan tadi sepatutnya kita jadi bodoh dari hal-hal sebegini menyebabkan kita tidak akan persoalan terhadap apa yang berbangkit. Kalau kita bodoh senang saja apa yang para alim ulama putuskan kita terima, tidak mempersoalkanya lagi. Atau kita langsung tidak mempedulikannya baik tentang ia atau salahnya.

Tetapi kerana kita cerdik, kita menggunakan otak, maka bila berhadapan dengan perkara seperti fatwa itu dipersoalkan maka kita jadi gila sendiri berfikir kenapa ini berlaku. Kita menjadi mangsa keadaan antara benar dengan tidak, terjempit dicelah si pakar dengan sijahil.

Kenapa masih ada yang mempertikaikan keputusan majlis fatwa. Apakah apa yang dibuat itu tidak tepat? Apakah majlis fatwa tidak ada kredibiliti untuk memutuskan perkara itu?

Keadaan inilah membingungkan! Dan seperti saya katakan tadi, perasaan bingung dan tolol ini hanya menimpa diri kita yang berfikir saja. Bagi mereka yang tidak berfikir, tidak merasa apa-apa, malahan sesetengah itu berlaku tidak pun disedari atau dibiarkan saja berlalu. Tidak percaya tanya si tolol dan disboh di jalanan.

Untuk menhindarkan diri dari polemik sebegini menyebabkan sesekali teras ingin membawa diri ke lemah itu; menjadi orang yang tidak mempedulikan kepada perkara-perka melibatkan diri orang lain dan alam sekitar. Sesekali terasa ingin menjadi manusia yang bodoh dan sinting saja. Barangkali orang bodoh sangat sesuai untuk berada di negara ini kerana kerajaan sendiri kadang-kadang bebal dan lembu dalam tindakan-tindakan dan praktikalnya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...