1. Sekurang-kurangnya tujuh ayat Al Quran memberitahu kita bahawa segala yang ada di Alam ini adalah milik Allah. Antaranya ialah [AQ 3:109]. “Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.”, [AQ 3:180], ” … bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi …”, [AQ 4:139], ” … kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah …”, [AQ 6:12], “… (Semuanya itu) adalah milik Allah …”, [AQ 16:52], [AQ 21:19], [AQ 42:49]
2. Zat Allah itu sendiri tidak layak untuk berada di Alam ini, kerana segala yang dapat dilihat di Alam ini merupakan mahklukNya, tetapi Hasilkerja dan GerakerjaNya yang memungkinkan segalanya terjadi dan berlaku. Sementara Cara Kerja (atau Carakerja/Sunnah) menerangkan bagaimana sesuatu itu boleh ada di Alam ini. Sekiranya Allah memberhentikan KerjaNya maka lenyaplah Alam ini dan tidak hadirlah semua makhlukNya.
3. Dari Al Quran, kita dibayangkan bahawa terdapat enam tahap pembentukan makhluk di Alam ini. Di tahap paling bawah atau asas, ialah dengan wujudnya Gerakerja maka ia menghasilkan Hasilkerja ditahap petama yang kajian ilmu sainnya dirujuk sebagai Quantum Science. Kegigihan ahli sains sehingga kini, akhirnya tercetuslah idea The God Particle (Higgs Boson), yang menjadi penghubung antara jirim (matter) dan tenaga (energy), dan sedang dibuktikan kehadirannya melalui eksperiment di LHC Cern.
4. Hanya Zat Allah dan Tenaga Potensinya yang wujud sebelum Dia beriradah untuk menjadikan mahluk. Dia wujud, qidam dan baqa’. Tenaga potensi adalah tenaga yang berupaya melakukan sesuatu tetapi belum lagi melakukan. Setelah dilakukan Tenaga Potensi bertukar menjadi Tenaga Kinetik. Maka makhluk ini semua adalah terjemahan kepada berkehendaknya Allah (Iradah) dengan menggunakan TenagaNya (Kudrah). “Adalah Aku Perbendaharaan" yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku.”
5. Sesungguhnya Quantum Science sangat bersifat Ilmu Tauhid. Ini buka bermakna Ilmu Tauhid cara Agama menjadi tempat kedua. Gandingan Tauhid Bukti, melalui Ilmu Sians, dan Tauhid Agama, yang akan melahirkan keimanan yang berdasarkan ilmu (tidak taklid). Ketiga-tiga Thermodynamik laws merupakan tonggak yang mentauhid (mengesakan Allah) apabila kita lihat dari sudut yang betul. Malangnya kerana ia ditemui oleh Orang Barat, kita ketepikan isi kandungannya.
6. Dengan adanaya tahap pertama, yang dirangkumi oleh Quantum Sains, tahap-tahap yang di atas merupakan evolusi seterusnya. Dari QS terbentuklah PEN yang kemudian membantuk TOE, BCM, SLC dan akhirnya CLC, termasuklah kita yang berada di puncak kejadian dengan diberikan potensi yang terbaik (Ahsanul takwim). Tetapi kiranya potensi ini tidak dicungkil, dengan membudayakan Carakerja Allah, maka jadi sia-sia sahajalah apa yang dibekalkan itu. Malah sehingga ke asfala safilin.

0 comments:
Post a Comment